Berita Terkini
PELANCARAN VIRTUAL RESIDENSI PRIHATIN- 22 FEBRUARI 2021
22 February 2021YB TAN Sri TPr Annuar Hj Musa, Menteri Wilayah Persekutuan telah melancarkan Residensi Prihatin secara virtual live melalui Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan dan rakaman boleh ditonton semula dengan melayari https://www.facebook.com/KemWP/videos/724111284915764/
RUMAH RESIDENSI PRIHATIN UNTUK B40 DI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA - HMETRO, 22 FEBRUARI 2021
22 February 2021"Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) komited membantu golongan B40 di Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk memiliki rumah pertama menerusi pengenalan Residensi Prihatin.
Menterinya, TAN Sri Annuar Musa berkata, sebanyak 12,253 unit rumah sedang dalam perancangan untuk dibina di Putrajaya, membabitkan 10 tapak projek di Presint 5, 7, 11, 16 dan 19, yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025.
Katanya, rumah berkenaan yang berkeluasan 750 kaki persegi dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air, dapur, ruang tamu dan makan serta laman, selain berbentuk rumah berstrata.
"Bagi memastikan kumpulan sasar yang tepat beroleh manfaat terbabit, permohonan Residensi Prihatin ini memberi penekanan kepada pemohon bagi rumah pertama dan masih belum memiliki rumah.”
40,000 UNIT RESIDENSI PRIHATIN DIBANGUNKAN DI KL, PUTRAJAYA - BERITA HARIAN, 22 FEBRUARI 2021
22 February 2021"Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan pembinaan 40,000 unit rumah Residensi Prihatin berharga RM200,000 ke bawah di Kuala Lumpur dan Putrajaya, khusus untuk membolehkan golongan B40 memiliki rumah pertama. Kita memberi keutamaan kepada penjawat awam dan mereka yang baru mula untuk membina keluarga terutama petugas barisan hadapan sama ada yang tinggal atau bekerja di Wilayah Persekutuan, selain akan turut mempertimbangkan mereka yang berdekatan seperti di Bangi dan Cyberjaya.
Annuar berkata, bagi membolehkan projek di bawah program pembasmian kemiskinan dan peningkatan taraf hidup warga Wilayah Persekutuan dapat dilaksanakan dengan berkesan, pihaknya juga akan berunding dengan pihak bank bagi membolehkan pembeli mendapat pembiayaan pinjaman perumahan 100 peratus.
"Ini akan membantu pembeli terutama pasangan muda yang tidak mampu untuk membayar deposit 10 peratus bagi memiliki kediaman ini.
"Selain itu, konsep pembelian dengan menjadi penyewa terlebih dulu juga akan dilaksanakan, yang mana selepas menjadi penyewa dengan bayaran sewa yang rendah dalam tempoh lima tahun contohnya, ia kemudian akan ditukar kepada bayaran sebagai pembeli dengan bayaran bulanan yang lebih tinggi," katanya.”
Residensi MADANI
Residensi MADANI merupakan satu program perumahan mampu milik baharu yang membantu golongan berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan memiliki rumah yang selesa dan berkualiti.