PERHATIAN
Permohonan rumah pertama sahaja.
Tempoh sah laku permohonan adalah satu (1) tahun dari tarikh dokumen sokongan lengkap dimuat naik dan status boleh disemak melalui akaun pemohon.
Garis panduan permohonan
Residensi MADANI
- Pemohon hendaklah mendaftar akaun dan selepas mendaftar, pemohon hendaklah melengkapkan profil peribadi terlebih dahulu sebelum memohon projek.
- Sekiranya anda telah memohon projek Residensi Wilayah (dahulunya di kenali RUMAWIP) anda tidak boleh lagi memohon projek Residensi MADANI.
-
Pemohon yang telah berdaftar dan memilih projek DIWAJIBKAN untuk memuatnaik dokumen sokongan dalam portal Residensi MADANI. Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:
BIL. SENARAI SEMAK PEMOHON 1. Surat Akuan Sumpah 2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (MyKad) 3. 3 bulan Penyata Gaji Terkini Pemohon atau penyata bank 3 bulan terkini bagi permohonan tiada slip gaji 4. Laporan Central Credit Reference Information System (CCRIS) 5. Surat Pengesahan Majikan Terkini Pemohon atau Sijil Pendaftaran Syarikat bagi yang bekerja sendiri (jika mempunyai syarikat) 6. Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya 7. Salinan Kad OKU Pemohon (jika berkaitan) 8. Salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah yang dimiliki / geran (jika berkaitan) PASANGAN 9. Laporan Central Credit Reference Information System (CCRIS) 10. 3 bulan Penyata Gaji Terkini Pasangan atau penyata bank 3 bulan terkini bagi permohonan tiada slip gaji 11. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / Pasport Pasangan 12. Surat Pengesahan Majikan Terkini Pasangan atau surat akuan sumpah sekiranya suami tidak bekerja atau Sijil Pendaftaran Syarikat bagi yang bekerja sendiri (jika mempunyai syarikat) 13. Sijil Kelahiran / MyKid anak 14. Salinan Kad OKU Pasangan / Anak (jika berkaitan) 15. Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian 16. Salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah yang dimiliki pasangan / geran (jika berkaitan) PENAMA KEDUA (SELAIN PASANGAN) 17. Laporan Central Credit Reference Information System (CCRIS) 18. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon 19. Salinan Sijil Kelahiran Penama Kedua 20. Salinan Kad Pengenalan Penama Kedua 21. 3 bulan Penyata Gaji Terkini Penama Kedua atau penyata bank 3 bulan terkini bagi Penama Kedua tiada slip gaji -
Untuk semakan status permohonan semasa, pemohon boleh log masuk ke Portal RESIDENSI MADANI.
- Keputusan permohonan sama ada Berjaya atau Tidak Berjaya atau Tidak Lengkap setelah disemak oleh Urus Setia akan diemel ke alamat emel pemohon.
Kelayakan
Berikut merupakan kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman RESIDENSI MADANI. Untuk mengetahui jika anda layak memohon, sila lihat maklumat di bawah:
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ketika permohonan dibuat. Jika berkahwin, pasangan juga hendaklah warganegara Malaysia.;
- Pendapatan kasar isi rumah permohon hendaklah tidak lebih daripada RM8,000 sebulan;
- Pemohon mestilah lahir atau bekerja atau pengundi berdaftar di Wilayah Persekutuan;
- Permohonan rumah pertama sahaja.
- Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindahmilik atau dijual tanpa kebenaran kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak-anak sahaja;
- Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi MADANI.