PERHATIAN!
Permohonan Residensi MADANI telah dibuka kepada orang awam. Orang awam hendaklah berhati-hati berurusan dengan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam pembelian rumah Residensi MADANI. Jabatan Wilayah Persekutuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari iklan-iklan tidak rasmi berkenaan Residensi MADANI. Portal rasmi untuk memohon RESIDENSI MADANI hanyalah satu sahaja iaitu di https://residensimadani.jwp.gov.my dan permohonan adalah secara atas talian (online). Sebarang persoalan sila berhubung terus dengan Urus Setia RESIDENSI MADANI.
Residensi MADANI merupakan satu program perumahan mampu milik baharu yang membantu golongan berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan memiliki rumah yang selesa dan berkualiti.
Berita Terkini
Kuala Lumpur: Kerajaan memperkenalkan lima projek pembangunan Kejiranan MADANI Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bagi memberi peluang golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesemua projek itu yang akan dibangunkan pada tahun ini memberi peluang kepada golongan M40 dan B40 serta golongan belia memiliki rumah dengan harga antara RM150,000 hingga RM200,000.
"Kesemua projek kediaman ini memiliki tiga bilik tidur dan dua bilik air serta turut disediakan satu tempat letak kereta dengan keluasan sekurang-kurangnya 700 kaki persegi," katanya pada Sesi Temu Mesra Perdana Menteri bersama pemilik rumah mampu milik WPKL di sini hari ini.
Lima projek yang akan dibangunkan itu melibatkan Residensi Prihatin MADANI, Residensi MADANI, Residensi Sejahtera MADANI, Rumah Majlis MADANI dan Rumah Ihsan MADANI.
1,010 UNIT RESIDENSI WILAYAH, RESIDENSI PRIHATIN MADANI UNTUK M40, B40
Diterbitkan pada 15 February 20241,010 RUMAH RESIDENSI WILAYAH DAN RESIDENSI PRIHATIN MADANI UNTUK M40
Diterbitkan pada 15 February 20241,010 RESIDENSI WILAYAH, RESIDENSI PRIHATIN MADANI AFFORDABLE HOMES OFFERED TO M40, B40
Diterbitkan pada 15 February 2024Soalan Lazim